21 November 2011

usaha kita bagaimana??

bismillahhirrahmanirrahim..

post kali ni nak kongsi pengisian yg ana dpt baru2 ni..
daurah akademik telah menjemput seorg pengisi yg mana telah byk kali menyedarkan ana dan IA juga menyedarkan ramai lagi akhwat,ikhwah, dan orang lain...IA..


    Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. 
    (QS. 47:7)


selalu saja kt menggunakan ayat quran diatas dalam urusan dakwah kita dan belajar kita. bila kita tolong ALLAH, pasti ALLAH akan tolong kita dan MENETAPKAN kedudukan kita. dan ketahuilah serta yakinlah ALLAH tidak pernah berbohong dan memungkiri janji NYA.


"tp....kenapa aku asyik fail je xm??? padahal aku dah byk tolong agama ALLAH.setiap minggu follow up IPT/matriks/sekolah.petang2 selalu bagi tazkirah.selalu ajak kawan solat jemaah.selalu bla...bla..bla..."

begini lah lebih kurang hati kita selalu bermonolong bilamana kita fail exam..btul x?
memang benar kita selalu tolong agama ALLAH dari segi dakwah. tapi bukan lah bermaksud DIA akan tolong kita tetiba dapat A dalam semua subjek TANPA KITA USAHA terlebih dahulu.

dalam pengisian tu, pengisi telah berkongsi tentang Perang Badar, dimana kisah nya sepertimana yg kita sedia maklum tentera islam amatlah sedikit berbanding tentera kafir. kalau nak dikut kan mmg umat islam boleh kalah, tetapi Allah telah memberi jaminan kpd Nabi bahawa islam Akan menang. ttp adakah kt melihat nabi hanya duduk bergoyang kaki?? iyalah, pertolongan Allah dan konfem ada..siap Allah hntar beribu malaikat membantu baginda.ttp Nabi still turun berperang...KENAPA???
dah klu dah Nabi rapat sgt dgn Jibril,kenapa nabi x kata "Ril, ko pegi hentam org2 kafir tu..ko pegi belasah diorg sume tu." ???KENAPA??

KERANA sifat nabi bukan lah tawakkal tanpa usaha. baginda tetap turun berperang sebagai tanda baginda berusaha utk memenagkan islam pada hari itu, walaupun jaminan Allah ada.

tp kt dalam study kt,kt yakin ALLAH akan tolong kt, tp apa usaha yg kt buat untuk study kita?akademik kita?
>tidur bila habis halaqah lewat pagi?
>berehat bila penat follow up?
dan kita selalu saja menerima bisikan syaitan yg berkata "wajar je ko rehat, dah ko penat...xpe2,rehat eh"

syaitan selalu menampakkan apa yg ita buat itu WAJAR. walhal ia sebenarnya tidak.

kalau kita selalu fikir kita penat follow up itu dan ini, mengisi itu dan ini, kita seharusnya memikirkan penat juga akhwat ikhwah lain dalam berbuat perkara yang sama. kita selalu fikir penat kitaaaaa je...cuba kt muhasabah diri  kita.klu kita ni pakai kereta g follow up, ada yg pakai motor sampai sakit2 pinggang. klu kt pakai motor, ada yang jalan kaki.klu kt jalan kaki, berapa jauh sgt la.sejam? 2 jam?
selalu lah lihat mereka yg berkorban lebih drpd kt..

jd,usaha itu penting,tawakkal itu juga penting.kt yakin Allah akan tolong kt,tp sunah nabi kene usaha.dan Allah juga kata:

  • dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya

  • (QS. 53:39)


usaha sungguh2.tawakkal sungguh2.InsyaAllah..
wsalam.

1 teguran@taujih:

Maziah Ghuraba said...

jazakillah kathiran,
this post enlighten me a lot!!
ana sbgai org bru yg berkecimpung dlm dakwah dan tarbiah selalu confused knp x boleh nk follow up study, pdhal ana dh bersusah pyh utk tolong agama Allah..bru ana sedar yg kini usaha ana dlm study juga haruslaah segigih usaha ana dlm dakwah..

Post a Comment

..::sweetTHING::..

Followers